Rabu, 16 September 2009

Cat Minyak...

CONTOH-CONTOH GAMBAR CATAN YANG PELBAGAI TEKNIK







CAT MINYAK


1. Cat minyak merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang mengandungi sejumlah kecil partikel pigment terapung dalam pelarut ringan selain daripada air. Cat minyak telah digunakan di England seawal abad ke 13 bagi hiasan mudah, tetapi tidak digunak pakai secara meluas bagi tujuan artistik sehingga abad ke 15. Kegunaan moden paling meluas bagi cat minyak adalah kegunaan harian, di mana ciri-ciri tahan lasak dan warna terang menjadikannya digemari bagi kegunaan dalaman dan luaran.

2.Ciri-ciri catan ialah lambat kering bagi minyak organik diketahui secara meluas oleh pelukis awal. Bagaimanapun, kesukaran mendapatkan dan menggunakan bahan ini menjadikan ia jarang digunakan. Bagaimanapun, apabila kecenderungan umum bagi realism meningkat, warna tempera kekurangan. Artis Flemish menggabungkan lukisan tempera dan oil sekitar 1400-an, tetapi menjelang 1600s lukisan easel dalam cat minyak sepenuhnya menjadi biasa, menggunakan teknik dan bahan yang sama seperti hari ini.

3. Cat minyak mengandungi bahan pewarna yang penuh, terdapat penjilid umumnya minyak biji rami atau ming kering, dan lain-lain selain itu juga ia mengandungi minyak seperti minyak bunga matahari kering atau minyak walnut. Kebiasaan cat minyak disapu atas kain kanvas yang digunakan bersama dengan turpentine dan minyak linseed bagi mencairkan warna tersebut. Set pemanas warna minyak mempunyai sifat atau ciri-ciri yang sama dengan cat minyak tetapi cat dibahagian atasnya berada dalam keadaan yang lembab dan dijalankan dalam masa yang tidak tetap sehingga dipulihkan oleh haba pemanas. Dalam keadaan kepanasan yang biasa sentatik minyak bersama ciri haba pemulihan digunakan sebagai penjilid.

4. Sifat cat minyak
- Pewarna cat minyak menggunakan bahantaranya turpentine.
- Ia menggunakan linsid oil( minyak biji rami) sebagai pengilat dalam lukisan.
- Dalam cat minyak ia boleh membuat berbagai kesan, tetapi sesuai untuk kesan tegap
- Cat minyak ini juga lambat untuk kering
- Menggunakan kain kanvas untuk mencatan
- Berus jenis keras atau pisau palit


5. BERUS

Mengikut tradisi, berus cat minyak mempunyai pemegang yang tirus atau runcing yang panjang, yang membolehkan para pelukis melukis secara adanya jarak daripada kanvas. Berus cat minyak biasanya menggunakan bahan fiber semulajadi yang lembut, seperti bajer dan sable, dan sintetik fiber yang lembut. Pewarna berus yang sintetik, kerap kali terdiri daripada warna emas yang kemerah-merahan atau kesannya tersorok.
Lukisan cat minyak juga menggunakan berus sintetik yang kuat dan meremang bagi mengendalikan akrilik. Dick Blick memanggil berus ini dengan nama ‘Acrylic and Oil Brushes’. Walau bagaimanapun, lukisan akrilik patut mengelak daripada penggunaan berus pada ruangan ini dengan akrilik, kerana ianya terlalu tajam pada fiber semulajadi yang halus dan bersepadu.

6. Georgian Oil Brushes Fan

Sesuai untuk kerja yang menggunakan cat minyak atau akrilik, ianya mampu dibeli; harga berus Daler – Rowney memepunyai panca berjanggut, yang mana membolehkan pengawalan goresan yang lebih baik. Saduran – nikel yang panjang teratur menunjukkan bahawa keunikan pemegang pelbagai warnanya sesuai untuk kerja-kerja seni.
Tiada dua pemegang sekaligus, tapi setiap berus mempunyai jaminan. Baik golongan professional, pelajar, dan juga golongan yang baru belajar, selesa menggunakan berus ‘Georgian’ ini yang sememangnya menawarkan kualiti yang baik dan nilai yang luar biasa.

7. Bright

Bulunya rata, ukuran bulu berusnya – pendek, biasanya mempunyai pemegangnya yang panjang. Ukuran panjang dan lebar kepala berus adalah sama. Ianya sesuai digunakan untuk kerja yang pendek, mengawal goresan, dan dengan warna yang tebal atau berat.

8. Fan

Bulunya rata, dan juga mengembang. Bulu yang semulajadi lebih sesuai untuk paduan yang lembut dan kerja-kerja yang sintetik bagi kesan yang bertekstur. Biasanya digunakan bagi melicinkan dan menyatupadukan, kesan yang baik dan bertekstur. Medianya ialah akrilik dan ‘decorative’.

9. Filbert

Tebal, bulunya rata dan berbentuk bujur , pertengahan kepada bulu yang panjang, pemegangnya panjang. Bulu semulajadinya lebih sesuai untuk kesepaduan kerana bulunya akan bergabung bersama apabila basah. Dengan matanya yang bulat dan lembut, berus ini sesuai untuk kerja-kerja melukis figurative dan untuk kesepaduan.

10. Flat

Bulunya rata, hujungnya berbentuk segi empat sama, pertengahan kepada bulu yang panjang. Menyediakan sebahagian kapasiti warna dan gerakan yang mudah. Digunakan untuk garisan tebal, sapuan goresan atau untuk garisan yang baik. Tampalan tebal digunakan untuk lukisan yang tebal.
Pointed Round
Lebih sempit atau tidak lebar berbanding berus bulat yang standard. Bulunya bulat, tipnya tajam. Bulu yang semulajadi tajam. Ia digunakan untuk keseluruhan yang baik, garisan yang baik, bintik atau tompok, dan ‘retouching’.

11. Round

Bulunya bulat, tipnya bulat atau tajam. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz, kelebaran, dan pelbagai harga. Digunakan secara menyeluruh, ‘wash’, memenuhi, dan tinggi untuk garisan yang tebal. Ia merupakan berus kegemaran bagi orang yang baru belajar untuk kerja-kerja seni.

TEKNIK-TEKNIK CAT MINYAK...

1. Teknik Titik (Pointilistic)

Titikan warna dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan titik-titik warna. Jika dilihat dari jarak yang jauh, titik-titik warna akan bergabung dan menghasilkan warna baharu. Kesan ini terhasil daripada campuran warna secara optikal.

2. Teknik Glazing

Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan berkaca yang lut sinar. Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah yang telah kering.

3. Teknik Scambling

Dalam teknik ini, warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata, lut sinar, atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik Scumbling boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan terang. Ia boleh dilapiskan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Ia menggunakan berus yang terkawal, menggunakan lapisan warna.

4. Teknik Alla Prima ( Direct painting)

Teknik ini merujuk cara di mana artis perlu mewarna secara tepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub. Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya terus dan spontan. Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini, taida lapisan kedua.

5. Teknik Impasto

Teknik ini mengaplikasikan penggunaan warna tebal dan banyak yang mana ia kontra dengan teknik glazing atau teknik scumbling. Warna yang tebal mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet (palette knife). Teknik impasto sering digunakan dalam catan alla prima apabila cat yang sapuan tebal dan sapuan berus yang cepat membenarkan catan itu disiapkan dengan cepat.

6. Teknik Hard Edge

Ia merupakan teknik yang menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna yang mana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.

cara menghayati seni catan...

Cara menghayati Catan

1. Berdiri dalam keadaan selesa di depan lukisan dengan jarak yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Seeloknya saiz lukisan itu memenuhi dalam ruang penglihatan mata anda.

2. Berada di depan lukisan sekurang-kurangnya tiga minit agar anda dapat merasa diri anda terbiasa dengan lukisan tersebut.

3. Sesudah anda merasa seperti tenggelam di dalam lukisan cuba anda perhatikan elemen-elemen rekabentuk yang ada seperti garisan, warna, rupa dan bentuk, ruang serta jalinan yang ada dan paling banyak digunapakai.

4. Seterusnya perhatikan pula prinsip-prinsip yang ada seperti harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan serta yang paling banyak digunapakai dalam catan lukisan.

5. Setelah dikenal pasti anda ulang sekali lagi mengenalpasti elemen terutama garisan dan warna tetapi kali ini cuba tafsirkan sendiri simbolisme yang yang wujud dari elemen-elemen dan prinsip-prinsip ini secara asas contohnya garis kasar menunjukkan kemarahan atau garis patah-patah melambangkan kehancuran. Garis lembut melambangkan kelembutan atau juga garis kacau bilau boleh disimbolkan kepada kesesatan dan sebagainya bergantung kepada pengalaman individu sendiri. Tak usah segan silu tentang perkara ini kerana seni adalah subjektif untuk semua orang.

6. Seterusnya boleh pergi kepada elemen-elemen lain seperti warna atau bentuk-bentuk yang wujud. Cuba hayati bentuk-bentuk ini berasal dari bentuk figura atau apa saja benda lain. Mungkin juga bentuk-bentuk asas yang juga boelh disimbolkan kepada sesuatu perkara seperti empat segi yang yang boleh disimbolkan kepada kestabilan atau bulat yang membawa maksud kepada kesatuan atau apa-apa saja mengikut penghayatan anda sendri.

7. Selain elemen-elemen rekabentuk perhatikan juga prinsip-prinsip yang dihadirkan dalam lukisan seperti harmoni yang selain memberi keasyikan pada anda juga boleh merujuk kepada sesuatu perkara seperti keharmonian atau keamanan. Selain itu, prinsip kontra boleh menyekat kita dari merasa jemu melihat dan boleh juga memberi maksud kepada sifat dinamik atau aktif. Perhatikan juga prinsip keseimbangan, pergerakan, penegasan dan apa yang disebut seperti di atas.

8. Ha ha!.. amacam? Pening X? Kalau pasal elemen dengan prinsip rekabentuk tu malas nak explain lagipun itukan silibus pendidikan seni visual PMR beb! start dari tingkatan satu lagi sudah diajar. Selamat mencuba....

Sabtu, 25 Julai 2009

Koleksi catan

pastel




water color

Selasa, 14 Julai 2009

Teknik-Teknik Water Calor

Teknik Basah Atas Kering

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran warna

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.


Teknik Berus Kering

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.


Teknik Kecatan

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Campuran warna

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

Media Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Catan

Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

Apa yang dimaksudkan dengan catan

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.