1. Berdiri dalam keadaan selesa di depan lukisan dengan jarak yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Seeloknya saiz lukisan itu memenuhi dalam ruang penglihatan mata anda.
2. Berada di depan lukisan sekurang-kurangnya tiga minit agar anda dapat merasa diri anda terbiasa dengan lukisan tersebut.
3. Sesudah anda merasa seperti tenggelam di dalam lukisan cuba anda perhatikan elemen-elemen rekabentuk yang ada seperti garisan, warna, rupa dan bentuk, ruang serta jalinan yang ada dan paling banyak digunapakai.
4. Seterusnya perhatikan pula prinsip-prinsip yang ada seperti harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan serta yang paling banyak digunapakai dalam catan lukisan.
5. Setelah dikenal pasti anda ulang sekali lagi mengenalpasti elemen terutama garisan dan warna tetapi kali ini cuba tafsirkan sendiri simbolisme yang yang wujud dari elemen-elemen dan prinsip-prinsip ini secara asas contohnya garis kasar menunjukkan kemarahan atau garis patah-patah melambangkan kehancuran. Garis lembut melambangkan kelembutan atau juga garis kacau bilau boleh disimbolkan kepada kesesatan dan sebagainya bergantung kepada pengalaman individu sendiri. Tak usah segan silu tentang perkara ini kerana seni adalah subjektif untuk semua orang.
6. Seterusnya boleh pergi kepada elemen-elemen lain seperti warna atau bentuk-bentuk yang wujud. Cuba hayati bentuk-bentuk ini berasal dari bentuk figura atau apa saja benda lain. Mungkin juga bentuk-bentuk asas yang juga boelh disimbolkan kepada sesuatu perkara seperti empat segi yang yang boleh disimbolkan kepada kestabilan atau bulat yang membawa maksud kepada kesatuan atau apa-apa saja mengikut penghayatan anda sendri.
7. Selain elemen-elemen rekabentuk perhatikan juga prinsip-prinsip yang dihadirkan dalam lukisan seperti harmoni yang selain memberi keasyikan pada anda juga boleh merujuk kepada sesuatu perkara seperti keharmonian atau keamanan. Selain itu, prinsip kontra boleh menyekat kita dari merasa jemu melihat dan boleh juga memberi maksud kepada sifat dinamik atau aktif. Perhatikan juga prinsip keseimbangan, pergerakan, penegasan dan apa yang disebut seperti di atas.
8. Ha ha!.. amacam? Pening X? Kalau pasal elemen dengan prinsip rekabentuk tu malas nak explain lagipun itukan silibus pendidikan seni visual PMR beb! start dari tingkatan satu lagi sudah diajar. Selamat mencuba....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan